PERANAN PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)

Image result for logo oic


PENGENALAN PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)

PERTUBUHAN KERJASAMA ISLAM atau OIC (Organisation Of Islamic Cooperation) ialah satu pertubuhan antarabangsa di kalangan negara-negara yang mempunyai delegasi tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara timur tengah & utara afrika, Caucasus, Asia Tenggara, Asia Tengah, Balkan dan Asia Selatan. Negara-negara ini telah membuat keputusan untuk mengumpulkan sumber mereka bersama-sama bergabung bersatu tenaga dan suara untuk melindungi kepentingan dan memastikan kemajuan dan kebajikan umat islam di seluruh dunia .

Bahasa rasmi organisasi berkenaan adalah bahasa Arab, Inggeris & Perancis. Pada 28 jun 2011, ia menukar namanya daripada Pertubuhan Persidangan Islam kepada Pertubuhan Kerjasama Islam. Pertubuhan Persidangan Islam(OIC) Ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 REJAB 1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis. Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para pemimpin islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat islam dalam segenap bidang di seluruh dunia .



PERANAN OIC
  1. Mencari penyelesaian dalam peperangan Iran dan Iraq.
  2. Memulihkan hubungan Mesir dengan negara-negara Arab yang terputus selepas Mesir dipulaukan kerana hubungannya dengan Israel.
  3. Memberi naungan kepada penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) yang bertempat di Jeddah.
  4. Memberi bantuan kepada negara-negara Islam yang dilanda malapetaka dan kebuluran di Afrika.
  5. Menyelesaikan masalah Palestin-Israel.
  6. Membebaskan Baitul-Muqqadis dan Masjid Al-Aqsa daripada dikuasai oleh Israel.
  7. Universiti Islam Antarabangsa (Kuala Lumpur-Malaysia, Mbal-Uganda dan Dhaka Bangladesh)
  8. Penubuhan Agensi Berita Islam (INA) berpusat di Jeddah
  9. Pertubuhan Kebudayaan, Sains dan Pendidikan Negara-negara Islam (ISESCO) yang beribu pejabat di Rabat.
  10. Pusat Penyelidikan Sejarah, Seni dan Kebudayaan Islam (IRCICA) dipusatkan di Istanbul.


MATLAMAT OIC
  • Mewujudkan kerjasama antara negara dengan negara yang lain.
  • Memupuk perpaduan umat Islam di seluruh dunia.
  • Memelihara tempat-tempat suci.
  • menggalakkan kerjasama ekonomi, sosial dan kebudayaan di kalangan negara-negara anggota.
  • menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan semula tanah air.
  • menghapuskan sebarang bentuk penindasan dan penjajahan.

PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH MALAYSIA

  • Malaysia menghantar bantuan makanan kepada mansa perang Bosnia-Herzegonia yang dirundung masalah serangan Serb.
  • Malaysia turut menghantar sepasukan tentera ke Bosnia-Herzegonia untuk memberi bantuan kepada Pasukan Tentera PBB pada tahun 1994.
  • Malaysia memberi sumbangan besar kepada pembangunan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan kerjasama OIC.
  • Malaysia juga menyokong aktiviti Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank - IDB) - sebuah pejabat wilayah di Malaysia pada tahun 1995.
  • Sering Menganjurkan persidangan negara-negara Islam dari semasa ke semasa sebagai usaha perantaraan bagi menyelesaikan konflik Iran-Iraq.
  • Ogos 1988, sepasukan 15 pegawai tentera Malaysia telah menyertai Pasukan Tentera Pemerhati PBB.
  • Sokongan kuat kepada perjuangan rakyat Palestin dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (Palestinan Liberation Organisation-PLO)
  • Menjadi tuan rumah kepada Persidangan Keserantauan Asia mengenai Persoalan Palestin  di Kuala Lumpur Mei 1983
  • Menyokong perjuangan Mujahidin Afghanistan terhadap Rejim Kabul yang dibantu oleh tentera Rusia sejak 1978.
  • Membenarkan Mujahiddin membuka pejabat perwakilan di Kuala Lumpur pada 1984. Tentera Rusia berundur pada tahun 1989.
  • Menganjurkan Sidang Kemuncak OIC ke-10 yang diadakan di Putrajaya pada 16-19 Oktober 2003
  • Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi dipilih mengetuai OIC.
  • Menganjurkan dialog antara Barat denan dunia Islam bagi mengurangkan salah faham dan sikap mencurigai antara barat dengan Islam
  • Penganjur kepada Sidang Antarabangsa Ketiga Dialog Barat-Islam
  • Penubuhan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIFE), merupakan platform bagi mewujudkan interaksi dan rangkaian dalam bidang perniagaan antara swasta dengan kerajaan khususnya antara negara OIC.
  • Menjadi pengantara dalam menyelesaikan peperangan Iran dan Iraq
  • Menganjur persidangan menentang penganas dalam kalangan negara Islam pada tahun 2002
  • Menyediakan peruntukan biasiswa untuk pelajar dari negara Islam pada tahun 2002
  • Mencadangkan penggunaan dinar emas dalam kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain
CARTA ALIR OIC

Image result for CARTA ALIR oic

KESIMPULAN

Peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam menyumbang kestabilan politik adalah Pertubuhan Negara-negara Islam(OIC) ternyata memberi harapan agar suasana politik negara terjamin. Unsur dan peranan yang diusul oleh Malaysia melalui Dasar Luar Malaysia. Malaysia telah menarik perhatian melalui pertemuan dan perjumpaan anggota OIC agar politik Malaysia stabil. Peranan Dasar Luar juga memainkan peranan dalam perkembangan sosial,ekonomi dan politik. Sesungguhnya dasar luar mencerminkan rangka kerja yang diolah untuk menjadi panduan kepada pemerintahan Malaysia.



Image result for keratan akhbar melibatkan oic



Comments

Popular posts from this blog

PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)

Komenwel