PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)

PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)



LATAR BELAKANG


 Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) mula ditubuhkan sebaik sahaja 25 buah Negara-negara berkecuali beserta 3 buah negara pemerhati menghadiri persidangan pertama iaitu Persidangan Ketua-ketua Negara atau Kerajaan Negara-negara Berkecuali (NAM) di Belgrade, Yugoslavia bermula pada 1-6 September 1961.
 Pergerakan ini diasaskan oleh Presiden Tito (Yugoslavian), Presiden Nasser (Egypt) dan Perdana Menteri Nehru (India) dan disokong sepenuhnya oleh Presiden Indonesia iaitu Soekarno dan Presiden Ghana iaitu Nkrumah.
 Dalam pada masa yang sama, Pergerakan ini terbentuk hasil daripada Perang Dingin (Cold War) yang berlaku pada lewat tahun 1940-an sehingga awal tahun 1990-an.
 Tujuan penubuhan NAM setelah diisytiharkan dalam Pengisytiharan Havana 1979 ialah untuk memastikan kemerdekaan, kedaulatan, integriti dan keselamatan negara-negara berkecuali dalam memerangi imperialisme, kolonisme, neo-kolonisme, pemisahan bangsa, perkauman dan pencerobohan dari bangsa asing, pekerjaan dan di\ominasi terhadap kuasa serta kumpulan politik.
 NAM diasaskan di Bandung, Indonesia pada tahun 1955 walaupun istilah ‘berkecuali’ datangnya dari idea Perdana Menteri India, Jawaharlal Nehru dalam ucapannya di Colombo, Ceylon (Sri Lanka).
 Di Colombo, Nehru memperkenalkan 5 tonggak asas dalam menjalin hubungan antarabangsa di mana ia turut dikenali sebagai ‘Panchseel’ iaitu:

    Image result
  •  Hormati integri kawasan;
  • Saling tidak menceroboh antara Negara;
  • Saling tidak mencampuri urusan hubungan tempatan;
  • Mewujudkan saling kesamaan dan menguntungkan;
  • Mewujudkan keamanan.

MATLAMAT NAM

Mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong mana blok seperti blok barat atau blok komunis. Pada tahun 1987 adanya Sidang keuncak kali ke 7 di New Delhi dan Malaysia telah membuat beberapa usul antaranya ialah :- membela kepentingan Negara yang sedang membangun seperti isu palestin, kerjasama ekonomi dan isu benua Antartika.
FAEDAH MALAYSIA DALAM NAM
Mendapat penghormatan dengan menyandang jawatan sebagai naib presiden pada tahun 1989 dalam siding kemuncak nam di Belgrade Yugoslavia


OBJEKTIF

  •     Menghormati hak asasi manusia selaras prinsip PBB
  •     Blog berkecuali antara blog Barat atau Timur
  •     Akui kedaulatan, persamaan hak, dan hormati bangsa serta agama
  •     Penyelesaian pertikaian secara rundingan dan aman





 STRUKTUR NAM


Pada bulan April tahun berikutnya, satu persidangan telah diadakan di Bandung dan dinamakan Persidangan Bandung. Prinsipal ‘Panchseel’ telah mula diperkembangkan dan disinilah bermulanya pembentukan konsep pengecualian. Konsep ini menyarankan negara-negara anggota tidak terlibat dalam Konfrontasi Ideologi Timur-Barat semasa Perang Dingin. Secara tidak langsung negara-negara anggota akan berusaha untuk mencapai kemerdekaan, pembangunan ekonomi dan pembasmian kemiskinan.

TUJUAN PENUBUHAN NAM

Image result for tujuan pertubuhan nam
  • Memupuk kerjasama yang erat di kalangan negara anggota.
  • Menjadi forum untuk negara anggota menyuarakan pendirian berhubung isu-isu semasa.
  • Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi.
  • Memperjuangkan hak dan kepentingan Negara-negara sedang membangun.
  • Mengubah haluan perjuangan NAM daripada hal-hal politik kepada isu-isu ekonomi.
  • Meningkatkan muafakat dan kesepakatan di kalangan anggota NAM melalui rundingan.
  • Meninggikan keupayaan ekonomi dan daya saing NAM supaya pertubuhan ini dihormati.


 NEGARA-NEGARA ANGGOTA


  • Afghanistan
  • Algeria
  • Angola
  • Bahamas
  • Bahrain
  • Bangladesh
  • Barbados
  • Belarus
  • Belize
  • Benin
  • Bhutan
  • Bolivia
  • Botswana
  • Brunei Darussalam
  • Burkina Faso
  • Burundi
  • Cambodia
  • Cameroon
  • Cape Verde
  • Central African republic
  • Chad
  • Chile
  • Colombia
  • Comoros
  • Congo
  • Cote d’
  • Cuba
  • Democratic People’s Republic of Korea
  • Democratic Republic of Congo
  • Djibouti
  • Dominican Republic
  • Ecuador
  • Egypt
  • Equatorial Guinea
  • Eritrea
  • Ethiopia
  • Gabon
  • Gambia
  • Ghana
  • Grenada
  • Guatemala
  • Guinea
  • Guinea – Bissau
  • Guyana
  • Honduras
  • India
  • Indonesia
  • Iran
  • Iraq
  • Jamaica
  • Jordan
  • Kenya
  • Libyan Arab Jamahiriya
  • Madagascar
  • Malawi
  • Malaysia
  • Maldives
  • Mali
  • Mauritius
  • Mauritania
  • Mongolia
  • Morocco
  • Mozambique
  • Myanmar
  • Namibia
  • Nepal
  • Nicaragua
  • Niger
  • Nigeria
  • Oman
  • Pakistan
  • Palestine
  • Panama
  • Papua New Guinea
  • Peru
  • Philippines
  • Qatar
  • Rwanda
  • St Lucia
  • St Vincent and the Grenadines
  • Sao Tome and Principe
  • Saudi Arabia
  • Senegal
  • Seychelles
  • Sierra Leone
  • Singapore
  • Somalia
  • South Africa
  • Sri Lanka
  • Sudan
  • Suriname
  • Swaziland
  • Syrian Arab Republic
  • Thailand
  • Timor Leste
  • Togo
  • Trinidad and Tobago
  • Tunisia
  • Turkmenistan
  • Uganda
  • United Arab Emirates
  • Kuwait
  • Lao Peoples’ Democratic Republic
  • Lebanon
  • Lesotho
  • Liberia
  • United Republic of Tanzania
  • Uzbekistan
  • Vanuatu
  • Venezuela
  • Vietnam
  • Yemen
  • Zambia
  • Zimbabwe


DAN STRUKTUR NAM

Negara-negara Berkecuali mendapati akan berlaku kemusnahan terhadap Pergerakan ini sekiranya mereka membina atau menstruktur semula Pergerakan secara formal seperti pindaan Perlembagaan atau Piagam dan Sekretariat dalaman.
Perkara ini pernah dibentangkan berkenaan penglibatan dua atau lebih pihak yang dibuat oleh Negara-negara anggota. Namun ia sukar dicapai kerana wujudnya perbezaan ideologi dan matlamat yang dianggap tidak boleh membentuk satu struktur pentadbiran yang rasional bagi melaksanakan polisi negara agar diterima umum.

SIDANG KEMUNCAK NAM


  • Persidangan Pertama – Belgrade, 1-6 September 1961
  • Persidangan Kedua – Cairo, 5-10 Oktober 1964
  • Persidangan ke–tiga  – Lusaka, 8-10 September 1970
  • Persidangan ke-empat – Algiers, 5-9 September 1973
  • Persidangan ke-lima – Colombo, 16-19 Ogos 1976
  • Persidangan ke-enam – Havana, 3-9 September 1979
  • Persidangan ke-tujuh – New Delhi, 7-12 Mac 1983
  • Persidangan ke-lapan – Harare, 1-6 September 1986
  • Persidangan ke-sembilan – Belgrade, 4-7 September 1989
  • Persidangan ke-sepuluh – Jakarta, 1-7 September 1992
  • Persidangan ke-sebelas – Cartagena de Indias, 18-20 Oktober 1995
  • Persidangan ke-dua belas – Durban, 29 Ogos – 3 September 1998
  • Persidangan ke-tiga belas – Kuala Lumpur, 20-25 Februari 2003

 ANTARA MERSYUARAT YANG 

DIADAKAN


Mesyuarat pertama NAM

  1. Diadakan di Belgrade pada September 1961 dan menyaksikan
  2. Melibatkan penyertaan 25 ahli, 11 daripadanya datang dari Asia dan Afrika, bersama  sama Yugoslavia, Cuba dan Cyprus.
  3. Berhasrat untuk menentang kolonisme, imperialisme dan neo-kolonialisme. 

Mesyuarat berikutnya

  1. Diadakan di Kaherah pada 1964.
  2. Disertai oleh 46 negara dengan kebanyakan ahli baru datang dari negara negara  Afrika yang baru merdeka.
  3. Membincangkan konflik Arab-Israel dan Perang India-Pakistan.

 Mesyuarat ketiga

  1.  Diadakan di Lusaka
  2.  Perhimpunan yang paling penting dalam sejarah NAM
  3.  Menubuhkan organisasi untuk membantu hubungan ekonomi dan politik
  4.  Kenneth Kaunda, presiden Zambia memainkan peranan yang penting dalam  perhimpunan ini.

 * Pada 1973, mesyuarat diadakan di Algiers menyaksikan pergerakan ini berhadapan dengan realiti ekonomi terkini. Kejutan Minyak (Oil Shock) menyebabkan sesetengah ahli anggota lebih kaya daripada yang lain. 
* Ketika jawatan sekretariat NAM dipegang oleh Malaysia, pembaharuan yang dilakukan oleh Malaysia ialah penubuhan Majlis Perniagaan NAM. 
* Majlis ini ditubuhkan dengan tujuan mengukuhkan kerjasama selatan-selatan dan membantu perdagangan dan pelaburan antara negara anggota. 
*Majlis diketuai oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai penasihat dan Azman Hashim sebagai presiden. 

10 PRINSIP NAM 


  1.  Menghormati hak asasi manusia serta prinsip Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
  2.  Menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara.
  3.  Mengiktiraf persamaan ras dan negara samada kecil atau besar.
  4.  Tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain. 
  5. Menghormati hak setiap negara mempertahankan dirinya secara bersendirian atau berkumpulan selaras dengan piagam PBB.
  6. Tidak mengenakan tekanan terhadap negara lain.
  7. Mengelakkan ugutan pencerobohan atau kekerasan terhadap kedaulatan wilayah atau kebebasan politik sebarang negara.
  8. Menyelesaikan pertikaian antara negara dengan cara aman.
  9. Menggalakkan kepentingan dan kerjasama bersama.
  10. Menghormati keadilan dan tanggungjawab antarabangsa

 PERANAN MALAYSIA
Image result for peranan malaysia dalam nam

  1.  Menggalakkan negara membangun terus bersuara tentang masalah yag dihadapi dan mengekallkan keamanan dunia;
  2.   Mengadakan diplomasi pelbagaian melalui PBB;
  3. Memberi penekanan kepada isu pembangunan sosial terutama masalah kemiskinan;
  4.  merangsang perpaduan dan penyatuan sesama negara anggota;
  5.  menyertai mesyuarat NAM di Colombo, Havana, New Delhi dan Luanda;
  6.  Sidang kemuncak NAM diadakan di Kuala Lumpur pada 2003 dan mengisytiharkan Deklarasi Kuala Lumpur yang menggalakkan kerjasama multilateral anata negara anggota; 
  7.  mewujudkan pejabat perwakilan di Ethiopia, India, Nigeria, Sri Lanka, Yugoslavia dan Mesir;
  8.   melancarkan “portal e-Sektretariat NAM 2004” yang bertindak sebagai pengkalan data;
  9.  Menganjurkan Mesyuarat Khas Peringkat Menteri Luar berkenaan Palestin di Putrajaya pada 13 Mei 2004 dan di Durban, Afrika Selatan pada 18 Ogos 2004; 
  10.  menggabungkan penyataan tentan Palestin dalam dokumen Muktamad; 
  11.  menghadiri Persidangan Afro-Asia di Bandung, Indonesia pada tahun 2005.

 DEKLARASI PUTRAJAYA

  1. Deklarasi ini merupakan lanjutan daripada Deklarasi Nairobi dan Deklarasi Beijing.
  2. Deklarasi Putrajaya disitiharkan dalam Mesyuarat Peringkat Menteri (NAM) tentang kemajuan wanita dari 7-10 Mei 2010 di Kuala Lumpur. 

Objektif Deklarasi Putrajaya


  • memperkasakan wanita

  • menggalakkan wanita melibatkan diri dalam pelbagai sektor

  • memperkukuhkan kedudukan kaum wanita.

 Isu yang dibincangkan;

  •  wanita, kemiskinan dan pembagunan ekonomi
  •  wanita dalam kuasa dan membuat keputusan
  •  wanita dan pendidikan
  •  wanita dan kesihatan 
  •  wanita, media dan ICT 
  •  wanita dan konflik bersenjata (Palestin dan Syria) 
  •  keganasan terhadap wanita
  •  wanita dan situasi bencana
  •  kesaksamaan jantina di arus perdana.


     ISU TRADISI YANG DIPERJUANGKAN (NAM)

     politik, keselematan, perlucutan senjata dan keamanan. Kini melangkau ke sosioekonomi dan pembangunan . Kini 114 negara di seluruh dunia . Dipengerusikan Malaysia 2003 hingga 2006 kemudian diambil alih Cuba .Hak setiap negara untuk mempertahankan diri secara sendirian atau berkumpulan. Tidak mengenakan tekanan terhadap negara lain.  Mengelak ugutan, pencerobohan dan penggunaan kekerasan . Menyelesaikan semua pertikaian secara aman.  Memajukan kepentingan bersama dan ruang kerjasama.  Menghormati keadilan dan tanggungjawab antarabangsa.

    Perjuangan NAM , 1961-1970 – memperjuang isu imperialisme, neokolonoalisme,aparteid, perk auman dan pencerobohan. 1970an- isu ekonomi. Jurang negara selatan dan utara. Memperjuangkan Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO) .Persidangan 2003 (Malaysia) – gencatan senjata, keganasan, kerjasama multilateral, keadaan ekonomi di Afrika, jenayah, dadah dan AIDS



     PENGLIBATAN MALAYSIA


    • Peringkat awal Malaysia tidak aktif kerana pro barat• Dasar Malaysia menyokong tindakan Amerika Syarikat di Vietnam tidak disambut baik oleh NAM• Malaysia mula menyokong NAM di bawah Tun Abdul Razak yang amalkan dasar berkecuali • Malaysia mula aktif dalam mesyuarat mesyuarat NAM yang diadakan di Algiers, Colombo, Havana, New Delhi dan Luanda


    KEJAYAAN NAM DIBAWAH 

    MALAYSIA
    Image result for deklarasi putrajaya nam

    • Mesyuarat Peringkat Menteri Pergerakan Negara Berkecuali mengenai wanita di Kuala Lumpur bertemakan “Memperkasa Wanita dalam Menghadapi Cabaran Globalisasi” • Mewujudkan Pusat bagi Gender dan Pembangunan NAM di Kuala Lumpur bagi memperkasakan wanita• Menghidupkan Persidangan Menteri-menteri Penerangan NAM(Cominac) – membawa pada Berita NAM melalui internet beribu pejabat di KL • Menganjurkan persidangan “Keamanan di Palestin” • Menubuhkan Pusat Antarabangsa mengenai Palestin Masyarakat Sivil Selatan,Mesyuarat Menteri-menteri Biro Penyelerasan Negara Berkecuali INAM-COB) di Putrajaya • Deklarasi Putrajaya - Mempromosika dunia “multi pola” menerusi PBB untuk kekal keamanan dan keselematan - promosikan hak manusia dan menghormati perundangan antarabangsa - Kerjasama lebih komprehensik dan proaktif -Mengukuhkan kapasiti nasional setiap anggota NAM Deklarasi berasingan untuk penyelesaian konflik Israel-Palestin  

    Comments

    Popular posts from this blog

    PERANAN PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)

    PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU(PBB)