Komenwel
KOMANWEL
PENGENALAN
Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas jajahan Belgium).
Bukan semua ahlinya mengiktiraf ratu British, Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua negara dikenali sebagai Kerajaan Komanwel atau "Commonwealth Realm". Bagaimanapun, majoriti ahlinya adalah republik, dan sebahagian yang lain mempunyai raja tersendiri. Contohnya seperti Malaysia, Brunei, Tonga, yang mempunyai Raja/Monarki yang sendiri. Namun demikian, semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel.
MALAYSIA DALAM KOMENWEL
1. Malaysia telah menyertai beberapa aktiviti Komanwel termasuk menjadi pengerusi jawatankuasa bagi menyemak semula peranan dan arah masa hadapan organisasi ini.
2. Malaysia juga pernah menjadi tuan rumah Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada tahun 1989.
3. Dua deklarasi diisytiharkan melalui persidangan tersebut iaitu Deklarasi Kuala Lumpur yang berkaitan dengan Dasar Apartheid dan Deklarasi Langkawi yang berkaitan dengan alam sekitar.
4. Melalui Deklarasi Kuala Lumpur, negara-negara Komanwel bertekad untuk memansuhkan Dasar Apartheid yang di Afrika Selatan yang telah di amalkan sejak 300 tahun dahulu.
5. Di samping itu, Malaysia juga turut memberi kerjasama kepada Sekretariat Komanwel bagi merangka program kerjasama teknikal yang lengkap dan menyeluruh di bawah Tabung Komanwel bagi Kerjasama Teknik (CFTC).
6. Malaysia telah mempengerusikan Kumpulan Perundingan Komanwel mengenai Pengurusan Teknologi sejak penubuhannya pada tahun 1989 . Pada tahun 1995 Malaysia telah mempengerusikan Gabungan Komanwel bagi Pengurusan Teknologi (CPTM).
7. Hal ini kerana dalam konsep tersebut, semua pihak mendapat keuntungan. Konsep ini begitu popular dinegara selatan Afrika.
8. Malaysia juga melibatkan diri dalam sukan Komanwel pada tahun 1998 yang mana atlit-atlit dari seluruh Komanwel dan yang bertaraf dunia akan mengambil bahagian dalam sukan komanwel yang ke -16 di Malaysia.
MATLAMAT
Penubuhan Komanwel adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan,pembangunan ekonomi, pendidikan, pertahanan, pertanian, dan perundangan yang baik antara semua negara bekas jajahan British.
PERANAN KOMANWEL
1. Sejak menjadi ahli Komanvel pada tahun 1957, Malaysia telah mengutarakan beberapa isu seperti masalah perdagangan antarabangsa, penjajahan dan penentangan terhadap isu Aparteid di Afrika Selatan.
2. Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah Persidangan CHOGM pada tahun 1989.
3. Dalam persidangan ini, selain membincangkan isu Aparteid, kemerdekaan Namibia,masalah dadah,kebuluran dan kemiskinan di Afrika Selatan, ekonomi antarabangsa, konflik Asia Barat,konflik Afghanistan dan Kampuchea.
STRATEGI KOMANWEL
1. Persidangan di kalangan menteri-menteri berbagai portfolio, ahli-ahli parlimen dan Speaker Parlimen.
2. Rancangan Colombo dilaksanakan untuk:
· Membekal pakar-pakar latihan dan penyelidikan.
· Menyediakan tempat latihan di universiti-universiti bagi yang memerlukan bantuan.
· Menyediakan peralatan bagi penyelidikan dan bantuan.
· Pembiayaan projek-projek pembangunan fizikal.
· Bantuan kesihatan, pertanian dan pemasaran.
· Penentangan terhadap “Isu Aparthied”.
· Menjadikan isu Antartika sebagai agenda Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
3. Melalui bidang ekonomi dan perdagangan, Mesyuarat Ketua - Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang diadakan di Vancouver, Kanada pada tahun 1987.
4. Malaysia diberi penghargaan untuk menjadi tuan rumah bagi sukan kedua terbesar pada tahun 1998 iaitu Sukan Komanwel.
KEPENTINGAN KOMANWEL
1. Melalui Komanvel,Malaysia telah mendapat beberapa faedah seperti kerjasama,pertahanan, perdagangan, pembangunan sains dan teknologi pertanian, pendidikan,kewangan dan sebagainya.
2. Dalam bidang pertahanan,misalnya Malaysia telah mengadakan bantuan ketenteraan dan latihan ketenteraan bersama dengan beberapa negara Komanwel.
3. Malaysia dapat meningkatkan persaingan barangan Malaysia dengan barangan negara lain di pasaran luar.
ade sumbangan KOMANWEL kepada ekonomi malaysia tak
ReplyDeleteCasino Near Bryson City, Bryson City - Mapyro
ReplyDeleteCasino 안성 출장마사지 Near Bryson City. Bryson City - Mapyro. View map. View detailed reviews, 원주 출장마사지 amenities, photos 포항 출장샵 and maps of the Bryson 경기도 출장샵 City casino 충청남도 출장마사지 near Bryson City.