ASEAN

Image result for ASEAN


Image result for ASEAN

               


        ASEAN



  • Pembentukan ASEAN bermula dengan pembentukan SWAFET (1959) tetapi gagal untuk mencapai persetujuan .
  • ASA dibetuk dan dianggotai Malaya, Thailand,  dan Filipina (1961) tetapi matlamat ASA tidak  berjaya disebabkan masalah konfrontasi Indonesia dan tunturan Filipina ke atas Sabah.
  • Malaysia, Filipina, dan Indonesia berusaha lagi ke arah persekutuan kukuh selepas konfrontasi dengan melibatkan lebih banyak negara sebagai anggota dan menubuhkan ASEAN pada 8 Ogos 1967 di bawah Deklarasi Bangkok.
  • ASEAN dianggotai negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Brunei, Vietnam, Laos dan Mynmar dan Kemboja.

         MATLAMAT ASEAN 

  • Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan social dan pembangunan kebudayaan di rantau Asia Tenggara.
  • Image result for MATLAMAT ASEAN PETA MINDAMenggalakkan keamana dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mematuhi prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
  • Menggalakkan kerjasama dan bantuan antara satu sama lain dalam pelbagai bidang termasuk latihan dan penyelidikan.
  • Meningkatkan taraf hidup rakyat negara anggota melalui kerjasama dalam sektor pertanian dan perdagangan.
  • Mengeratkan hubungan dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa lain.

       BENTUK KERJASAMA

    Kerjasama Politik 
Image result for KONSEP ZOPFAN DALAM ASEAN PETA MINDA
  1. Untuk menjamin kestabilan politik dan keamanan negara serantau, konsep ZOPFAN telah diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971.
  2. Matlamat penubuhannnya ialah :

  • Memelihara keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mengelak campur tangan daripada mana-mana pihak luar seperti Rusia, Amerika Syarikat dan China dalam hal-hal di rantau ini.
  • Menyediakan saluran untuk menyelesaikan pertikaian yang berlaku di Asia Tenggara secara aman dan bukan menggunakan kekerasan.
  •  Mengelakkan penglibatan dalam pertikaian antara kuasa besar.
  • → Memberi peluang kepada negara anggota untuk menentukan nasib sendiri.
               3.  Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) dibentuk pada 16 Disember 1987 untuk memastikan kawasan ASEAN bebas daripada ancaman senjata nuclear.
      4. ASEAN mengamalkan pendirian bersama dalam isu politik seperti pencerobohan                 Vietnam di Kemboja, iaitu tentera Vietnam harus berundur dari Kemboja dan rakyatnya          diberi peluang untuk menetukan nasib negara mereka sendiri . 

   Kerjasama Ekonomi

Kerjasama ekonomi dari tahun 1967 hingga 1976 boleh dikatakan lembab kerana tiada aktiviti dijalankan pada peringkat ASEAN. Kerjasama ekonomi bermula setelah beberapa perjanjian seperti Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (Treaty of Amity and Cooperation) dan Perisytiharan Pakatan ASEAN (Declaration of ASEAN Concord) ditandatangani pada tahun 1976 di Bali semasa Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan ASEAN pertama. 
Antara kerjasama ekonomi negara-negara anggota ASEAN adalah seperti berikut:
Melaksanakan projek-projek perindustrian seperti:
  • Mengadakan kerjasama dalam sektor kewangan. 
  • Mengasaskan Skim Pertukaran Berita Televisyen.
  • Mengadakan dialog dengan negara-negara maju
  • Mengadakan usaha sama perindustrian ASEAN.
  • Mengiktiraf lesen memandu di rantau ASEAN

  Kerjasama Sosial dan Kebudayaan



Tabung Kebudayaan ASEAN diwujudkan untuk mengeratkan hubungan antara negara ASEAN melalui aktiviti kebudayaan seperti Pesta Filem ASEAN dll.
Penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia- Malaysia (MABBIM). Tujuan penubuhan adalah seperti berikut:
  • Mengembangkan Bahasa Melayu supaya setaraf dengan Bahasa Moden.
  • M̃̃eningkatkan semangat persaudaraan di antara negara anggota.

          CABARAN ASEAN 

Ekonomi:

̃Pengurangan permintaan pasaran dunia terhadap sumber bahan utama seperti bijih timah dan getah asli negara-negara ASEAN telah membantutkan pertumbuhan ekonomi dirantau ini.Negara-negara ASEAN terpaksa member perhatian kepada sektor perkilangan dan perkhidmatan.
̃Pengeluaran dan pemasaran keluaran yang sama menyebabkan persaingan yang sengit dikalangan negara ASEAN.Pergantungan kepada negara maju dari segi ekonomi masih berlanjutan. Indonesia dan Thailand dibebani hutang luar negara.

Sosial:

̃Negara ASEAN menghadapi cabaran besar untuk mengekalkan taraf hidup rakyatnya. Proses pembandaran yang pesat dan kadar pengangguran yang meningkat menjejaskan usaha meningkatkan taraf hidup penduduk di negara ASEAN.

Politik:

̃Perubahan kepimpinan di sesetengah negara ASEAN Percubaan rampasan kuasa atau keganasa di Filipina dan Indonesia. Negara ASEAN terpaksa mengenakan sekatan terhadap kebebasan berpolitik di negara masing-masing.


Image result for negara asean





Comments

Popular posts from this blog

PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)

PERANAN PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)